Wednesday, 21 December 2011

IKUT TIADA MOOD

Aduh!  Lama pula tak masuk dan update blog.  Kalau rumah, mesti dah bersawang teruk!

Bila kita ikut-ikut ni, selalunya memang gitu la.  Mudah sekali hilang mood.  Apatah lagi apabila tiada rangsangan baru.

Gayanya ramai yang tidak buat update di blog.  Mungkin mereka bz, mungkin mereka pun tiada mood juga. 

Wednesday, 5 October 2011

SISTEM MERAGAM AGAKNYA

Sejak semalam macam-macam hal pulak dengan blogging ni.  Dapat masuk, tetapi asyik hanged memanjang.

Bila tak gantung, tak dapat masuk blog rakan pula.  Bila dapat masuk pun, tak dapat tinggal komen!

Sistem meragam agaknya!  Atau mungkin aku saja yang mengalami masaalah ni?

Sunday, 18 September 2011

RAYA, MERDEKA MALAYSIA

Aduhai! Nak kata Raya sakan, tidak juga. Tapi banyak pula urusan yang tak lancar.  Sampai Hari Malaysia pun lupa!

Mungkin saja terbawa-bawa malas dan mabuk dengan sambutan Raya! Apa tidaknya! Sana sini orang masih buat sibuk dengan acara Hari Raya.

Ni kira update blog dulu la!  Lepas lapang-lapang sikit, boleh la update lagi. Hehe.

Monday, 29 August 2011

UCAPAN RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF ZAHIR & BATIN

Semoga ini benar-benar merupakan perayaan kerana kejayaan kita di bulan Ramadhan.  Amin.

Friday, 12 August 2011

MELANGKAH KE PERTENGAHAN KEDUA

Sudah masuk dua belas hari kita berpuasa.  Dalam tiga hari lagi, kita akan melangkah ke pertengahan kedua bulan Ramadhan Al Mubarak ini.

Kebiasaannya orang semakin kurang di saf-saf masjid.  Bermula dengan dua puluh rakaat, banyak akan hanya membuat lapan rakaat saja.

Bagi jemaah perempuan, alasannya mungkin untuk mula membuat kueh raya; bagi lelaki tak tahu la kenapa.  Tapi yang jelas semakin menurun bilangan jemaah di merata-rata masjid.

Walhal kalau diikutkan, pertengahan kedua ini lebih menjanjikan ganjaran pahala yang terbaik.  Malam Lailatul Qadar itu hadir di masa ini.  Jadi kenapa ramai tidak mempertingkatkan usaha beribadah denganlebih banyak dan lebih baik lagi?

Sunday, 31 July 2011

RAMADAN AL MUBARAK

Malam ini sudah masuk bulan Ramadan yang mulia.  Bulan ini diberkati dengan ganjaran yang sungguh baik untuk kita.
 
Marilah kita sama-sama manfaatkan sebaik-baiknya sementara masih dirahmati dengan umur yang masih ada dan kesihatan yang baik.  Semoga kita diberkati untuk mendapat segala ganjaran baik yang dijanjikan.