Wednesday, 21 December 2011

IKUT TIADA MOOD

Aduh!  Lama pula tak masuk dan update blog.  Kalau rumah, mesti dah bersawang teruk!

Bila kita ikut-ikut ni, selalunya memang gitu la.  Mudah sekali hilang mood.  Apatah lagi apabila tiada rangsangan baru.

Gayanya ramai yang tidak buat update di blog.  Mungkin mereka bz, mungkin mereka pun tiada mood juga. 

Wednesday, 5 October 2011

SISTEM MERAGAM AGAKNYA

Sejak semalam macam-macam hal pulak dengan blogging ni.  Dapat masuk, tetapi asyik hanged memanjang.

Bila tak gantung, tak dapat masuk blog rakan pula.  Bila dapat masuk pun, tak dapat tinggal komen!

Sistem meragam agaknya!  Atau mungkin aku saja yang mengalami masaalah ni?

Sunday, 18 September 2011

RAYA, MERDEKA MALAYSIA

Aduhai! Nak kata Raya sakan, tidak juga. Tapi banyak pula urusan yang tak lancar.  Sampai Hari Malaysia pun lupa!

Mungkin saja terbawa-bawa malas dan mabuk dengan sambutan Raya! Apa tidaknya! Sana sini orang masih buat sibuk dengan acara Hari Raya.

Ni kira update blog dulu la!  Lepas lapang-lapang sikit, boleh la update lagi. Hehe.

Monday, 29 August 2011

UCAPAN RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF ZAHIR & BATIN

Semoga ini benar-benar merupakan perayaan kerana kejayaan kita di bulan Ramadhan.  Amin.

Friday, 12 August 2011

MELANGKAH KE PERTENGAHAN KEDUA

Sudah masuk dua belas hari kita berpuasa.  Dalam tiga hari lagi, kita akan melangkah ke pertengahan kedua bulan Ramadhan Al Mubarak ini.

Kebiasaannya orang semakin kurang di saf-saf masjid.  Bermula dengan dua puluh rakaat, banyak akan hanya membuat lapan rakaat saja.

Bagi jemaah perempuan, alasannya mungkin untuk mula membuat kueh raya; bagi lelaki tak tahu la kenapa.  Tapi yang jelas semakin menurun bilangan jemaah di merata-rata masjid.

Walhal kalau diikutkan, pertengahan kedua ini lebih menjanjikan ganjaran pahala yang terbaik.  Malam Lailatul Qadar itu hadir di masa ini.  Jadi kenapa ramai tidak mempertingkatkan usaha beribadah denganlebih banyak dan lebih baik lagi?

Sunday, 31 July 2011

RAMADAN AL MUBARAK

Malam ini sudah masuk bulan Ramadan yang mulia.  Bulan ini diberkati dengan ganjaran yang sungguh baik untuk kita.
 
Marilah kita sama-sama manfaatkan sebaik-baiknya sementara masih dirahmati dengan umur yang masih ada dan kesihatan yang baik.  Semoga kita diberkati untuk mendapat segala ganjaran baik yang dijanjikan.

Saturday, 16 July 2011

NISFU SYAABAN

Malam ini ialah malam 15 iaitu malam dipertengahan bulan Syaaban.  Ia dikenali juga sebagai Malam Nisfu Syaaban.

Di malam ini umat Islam digalakkan menghidupkan malamnya dengan mempertingkatkan amal ibadah.  Antara amalan yang digalakkan ialah untuk membaca Yassin sebanyak 3 kali serta berdoa.  Kita disarankan untuk memohon minta dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan tetapkan iman.

Selain itu kita juga digalakkan melakukan ibadah-ibadah yang lain. 

Sunday, 3 July 2011

DUA NAKHODA

Akhir ini ada orang luar pula bising pasal keberadaan dua nakhoda di JKR.  Kenapa terjadi begitu?  Gara-gara siapa ya?

Orang luar boleh bercakap apa saja.  Hanya orang dalam yang tahu perkara sebenarnya.

Tuesday, 21 June 2011

MEMANG MENJENGKELKAN

Sejak perbicaraan mantan MB Selangor, kita dikejutkan dengan pelbagai tindakan yang begitu tidak wajar.

Begitu banyak segala tindak tanduk mereka yang mendapat kuasa itu ternyata sungguh amat menjengkelkan.  Walaupun kes masih di dalam proses perundangan, apa yang diberi kesaksian itu memang menepati apa yang dikatakan orang selama ini.

Kalau tidak menjadi kes perundangan, orang masih bermain teka-teki.  Tapi sekarang, orang ramai semakin yakin bahawa banyak yang tidak kena dilakukan oleh mereka yang mendapat kuasa.

Sunday, 5 June 2011

LETIH KENDURI

Seminggu sekolah bercuti, seminggu tu dipenuhi dengan acara kenduri.  Pusing-pusing KL, PJ, Shah Alam, Cheras dan Bangi.

Bila macam mana bukan saja letih badan.  Poket pun letih.  Minda ikut letih dan hati mula serabut.

Gaji untuk perbelanjaan sebulan sudah hampir habis.  Macam mana nak buat ni???

Tuesday, 24 May 2011

TERUJA DENGAN AMERICAN IDOL

Malam nanti akan berlangsung pertandingan final di antara dua finalis Amercan Idol 2011.  Sebenarnya sudah berlangsung pagi tadi di Los Angeles sana.  Kita yang mendapat siaran tertunda.

Aduh!  Tak sabar menanti nak tengok persembahan mereka, terutamanya si jejaka tampan Scotty tu.  Satu jer tak best tengoknya.  Dia pakai salib!

Tapi banyak juga mat salleh yang pakai salib.  Nak buat macam mana.  Tak apalah, sekadar tengok tak salah.

Monday, 16 May 2011

SELAMAT
HARI GURU

Khusus buat semua guru-guruku yang telah ikhlas mendidik diriku.

Saturday, 7 May 2011

SUKANYA HATI!

Hari ini aku & geng suka hati.  Misi kami untuk daftar jadi blogger sudah tercapai.  Semua geng sepuluh sudah daftar.

Ni kira geng kecut perut.  Nak join tapi sorang takut.  Nanti tak ada geng kan tak best.

Jadi, angkat geng.  Kami discuss & lakukan operasi lobby.  Yang lebih berani jalan dulu.  Hari ini, member terakhir sudah ikut daftar.

Friday, 29 April 2011

TERUJA TENGOK MEMPELAI DI RAJA

Rasa macam melihat cerita dogengan dimana seorang rakyat biasa mengahwini putera di Raja.  Putera William dan isterinya nampak begitu cantik dan sepadan.  Jelas nampak cinta kasih di antara mereka.

Berjam-jam aku duduk depan TV.  Siap tukar-tukar channel mencari liputan yang terbaik.  Lepas tu tengok ulang tayang lagi.  Sambil tu berangan seperti diriku melalui peristiwa itu dalam mimpi yang indah.

Memang teruja melihat pasangan pengantin baru di Raja ini.  Terserlah kebahagiaan mereka seperti di dalam gambar ini.

Saturday, 23 April 2011

FOTO LEBIH BERGAYA

Hari ini baru nampak kuasa foto di blog.  Bukan tak tahu, tapi blur saja.  Orang baru la katakan, ada rasa tak begitu yakin.

Tak apa jugalah kerana laman tak nampak kosong.  Mungkin perlu asesori tambahan saja.

Hari ini update saja dulu.  Ada macam-macam hal hujung minggu ni.  Selepas ini, baru boleh cuba menggayakan beberapa opsyen.  Hehehe.

Monday, 18 April 2011

SUDAH JADI BLOGGER KE?

Kawan ajak join jadi blogger.  Katanya kita boleh berkongsi cerita dan tukar-tukar idea.

Ya tak ya jugak.  Sekurang-kurangnya bila berinteraksi, minda pun exercise juga.

Jadi oleh kerana itu la aku ikut daftar jadi blogger.