Friday, 29 April 2011

TERUJA TENGOK MEMPELAI DI RAJA

Rasa macam melihat cerita dogengan dimana seorang rakyat biasa mengahwini putera di Raja.  Putera William dan isterinya nampak begitu cantik dan sepadan.  Jelas nampak cinta kasih di antara mereka.

Berjam-jam aku duduk depan TV.  Siap tukar-tukar channel mencari liputan yang terbaik.  Lepas tu tengok ulang tayang lagi.  Sambil tu berangan seperti diriku melalui peristiwa itu dalam mimpi yang indah.

Memang teruja melihat pasangan pengantin baru di Raja ini.  Terserlah kebahagiaan mereka seperti di dalam gambar ini.

Saturday, 23 April 2011

FOTO LEBIH BERGAYA

Hari ini baru nampak kuasa foto di blog.  Bukan tak tahu, tapi blur saja.  Orang baru la katakan, ada rasa tak begitu yakin.

Tak apa jugalah kerana laman tak nampak kosong.  Mungkin perlu asesori tambahan saja.

Hari ini update saja dulu.  Ada macam-macam hal hujung minggu ni.  Selepas ini, baru boleh cuba menggayakan beberapa opsyen.  Hehehe.

Monday, 18 April 2011

SUDAH JADI BLOGGER KE?

Kawan ajak join jadi blogger.  Katanya kita boleh berkongsi cerita dan tukar-tukar idea.

Ya tak ya jugak.  Sekurang-kurangnya bila berinteraksi, minda pun exercise juga.

Jadi oleh kerana itu la aku ikut daftar jadi blogger.