Sejak perbicaraan mantan MB Selangor, kita dikejutkan dengan pelbagai tindakan yang begitu tidak wajar.
Begitu banyak segala tindak tanduk mereka yang mendapat kuasa itu ternyata sungguh amat menjengkelkan. Walaupun kes masih di dalam proses perundangan, apa yang diberi kesaksian itu memang menepati apa yang dikatakan orang selama ini.
Kalau tidak menjadi kes perundangan, orang masih bermain teka-teki. Tapi sekarang, orang ramai semakin yakin bahawa banyak yang tidak kena dilakukan oleh mereka yang mendapat kuasa.