Sunday, 31 July 2011

RAMADAN AL MUBARAK

Malam ini sudah masuk bulan Ramadan yang mulia.  Bulan ini diberkati dengan ganjaran yang sungguh baik untuk kita.
 
Marilah kita sama-sama manfaatkan sebaik-baiknya sementara masih dirahmati dengan umur yang masih ada dan kesihatan yang baik.  Semoga kita diberkati untuk mendapat segala ganjaran baik yang dijanjikan.

Saturday, 16 July 2011

NISFU SYAABAN

Malam ini ialah malam 15 iaitu malam dipertengahan bulan Syaaban.  Ia dikenali juga sebagai Malam Nisfu Syaaban.

Di malam ini umat Islam digalakkan menghidupkan malamnya dengan mempertingkatkan amal ibadah.  Antara amalan yang digalakkan ialah untuk membaca Yassin sebanyak 3 kali serta berdoa.  Kita disarankan untuk memohon minta dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan tetapkan iman.

Selain itu kita juga digalakkan melakukan ibadah-ibadah yang lain. 

Sunday, 3 July 2011

DUA NAKHODA

Akhir ini ada orang luar pula bising pasal keberadaan dua nakhoda di JKR.  Kenapa terjadi begitu?  Gara-gara siapa ya?

Orang luar boleh bercakap apa saja.  Hanya orang dalam yang tahu perkara sebenarnya.